Thursday, April 1, 2010

Cucur Jagung

Masa cuti pada 30 Mac lepas, sempat pi soping barang rumah. Antara barang keperluan yang sempat disambar adalah jagung.. Petang kemarin janji dengan kanak-kanak kat rumah untuk rebuskan jagung untuk mereka, dan sebahagiannya saya buat cucur jagung. Lama sungguh saya tak mengusahakan projek ini.. hehhehe.. Makanya, dengan penuh semangat waja, pada petang kemarin, saya telah membuat cucur jagung.. Nampak mudah, tapi saya dah lama mengidam nak makan yang rangup di luar dan lembut di dalam. Kalau dibiarkan lama sikit, saya amat berharap dia akan kekal lembut.. So far yang paling best penah dimakan adalah resipi ibu mertua saya. Puas juga aplikasikan cara pembuatannya tapi tetap tak jadi. Maka untuk kali ini, mula masuk tepung, hingga ke dalam kuali, jenuh mulut saya berselawat dan berdoa agar tekstur kali ini menjadi dan akan menjadi igauan keluarga.. hahahha.. sebenarnya saya yang mengidam teruk untuk makan cucur ni.

Jom tengok resipi.

  • Tepung gandum – saya sesuaikan supaya agak match dengan jagung yang dihasilkan..
  • 2 puntung jagung (di hiris isinya)
  • Sebiji telur
  • Seulas bawang besar
  • Segenggam ikan bilis (direndam dan ditumbuk kasar) – nak ganti udang kering pun boleh
  • Sedikit cili kisar
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Air panas untuk bancuhan (saya guna ¾ mug air panas, dicampur ¼ air masak)
Nota : Ibu mertua saya akan masukkan sikit serbuk jintan manis untuk mewangikan tekstur, esp masa proses menggorang nanti. Untuk ni, saya tak letak.

Penyediaan:

  • Campurkan semua bahan di atas.
  • Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sehingga tekstur menjadi agak lembut.
  • Jemput kecil-kecil.. atau guna sudu pun boleh..
  • Goreng dalam api yang sederhana panas.
Nota : Petua mak saya.. kalau nak tau tekstur tu lembut atau masih keras, cedokkan tekstur dalam sudu, angkat sedikit tinggi dan bilang 1, 2, 3.. kalau tekstur jatuh pada kiraan 3, makanya dia adalah keras.. kena berbuat sesuatu. Kalau jatuh pada kiraan 2, makanya teksur adalah amat elok untuk diteruskan proses menggoreng. Kalau tak sempat bilang dah jatuh.. pepandai sendiri lah.. hehehehhe

Enjoy!!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails