Friday, April 2, 2010

Banana Cake



Masa buat tour kat blog kengkawan, tetiba jumpa Mama Fami yang baru update blognya dengan Banana Kek ni. Kebetulan pulak ada stok pisang yang rasa macam nak habiskan dengan something yang best untuk dilayan. Sebelum ni saya ada koleksi kek pisang, tapi dengan tidak disangka, kitab berkenaan telah hilang masa proses masak sedang dilakukan. Macam impossible kan bunyinya.. tapi tu lah.. hilang. Makanya kena lah ada sesi pengumpulan getah resipi semula.

Resipi ni sungguh mudah. Tapi memandangkan saya malas sikit nak buat proses pencairan mentega, maka saya telah menderhaka ubahsuai sikit cara pembuatan kek pisang ni dengan cara saya sendiri mengikut amalan pembuatan kek yang biasa-biasa. Nama Banana Cake ni saya maintain jugak sebab ni adalah tribute to Mama Fami.. Kata beliau, resipi ni adalah dari Chef Zubaidah.. alamak.. saya terderhaka dengan chef.. err.. sori.. mintak maaf ye chef..

Selalunya kalau guna banana ni saya yang tak berapa rajin ni akan mengupas dan masuk dalam blender dan blend sampai halus. But, untuk kali ni, ada sikit insaf.. makanya saya hanya tenyeh2 dia bagi hancur. Maka, bila makan tu, nampak pisang.. dan sesungguhnya lebih tempting daripada biasa! Heheheh..

Jom tengok resipi.

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 150 gm pisang masak (saya gunakan pisang emas)- di hancurkan
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh ovallette
  • Beberapa titis esen pisang (saya gantikan dengan esen vanilla)
  • 170 gm gula castor (since pisang saya agak banyak.. mungkin next time, jumlah ni kena reduce. Agak manis..)
  • 120 gm mentega cair
  • Coklat rice secukupnya (Saya guna coklat chips, sebab ada sikit je, saya tambah kacang walnut)
Penyediaan :

  • Satukan soda bikarbonat dan baking powder. Ayak dan ketepikan.
  • Pukul telur, ovallette dan pisang dengan kelajuan sederhana. Masukkan esen pisang. (Saya pukul mentega yang dilembutkan sedikit dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla)
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit dan masukkan mentega yang telah dicairkan. (Kemudian saya masukkan telur sebiji demi sebiji dan juga ovallette)
  • Masukkan tepung dan coklat rice. (Saya masukkan tepung, gaul hingga sebati dan kemudian baru masukkan coklat chips dan kacang walnut)
  • Masukkan di dalam bekas yang sesuai.
  • Bakar pada suhu 180°C selama 40 hingga 45 minit mengikut "keupayaan" oven masing-masing.
Enjoy!


 






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails