Sunday, January 2, 2011

Deep Fried Crab Stick








Agak lama saya tak update blog. Bertenggek kat dapur kengkawan pon tak sempat. Ye lah. sekolah pun dah nak buka. Mujur jugak hari ni diisytiharkan sebagai cuti umum yang dibawa dari Jumaat lepas. Nak kata sibuk sangat, tak juga, nak kata tak sibuk, sibuk juga dengan persiapan persekolahan kanak-kanak nih.

Sesambil tu sempat buat Deep Fried Crabstick nih yang kebetulan lalu-lalu, nampak kat dapur Kak Ummi. Tapi saya add sikit kat hujung-hujung tu sementelah ada breadcrumbs yang lebih dan perlu dihabiskan. Untuk tujuanrekod hasil jemari saya, saya pahatkan kat sini resipi Kak Ummi, edit mengikut kesesuaian. Nak tengok kak Ummi punya, rujuk sini.




DEEP FRIED CRABSTICK
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home


Bahan:-
  • 1 paket jejari ketam (crabstick)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
  • sedikit serbuk kari
  • 1/3 cawan tepung jagung
  • Sebiji telur di kocak sebati – ni saya tambah
  • Breadcrumbs secukupnya – saya tambah
  • minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-
  1. Gaul crabstick dengan lada sulah, garam dan serbuk kunyit. (Pastikan crabstick tidak dibiar lembik sgt selepas dikeluarkan dr freezer, nnt terburai nak gaul2 tu)
  2. Kemudian dalam bekas lain, campurkan tepung jagung dengan serbuk kari, gaul rata.
  3. Ambil crabstick dan golek-golekkan dalam campuran tepung tadi biar bersalut.
  4. Celupkan di dalam telur, dan golekkan di dalam bekas yang mengandungi breadcrumbs.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan masukkan crabstick.
  6. Goreng dan balikkan perlahan dan masak hingga salutan tepung nampak kekuningan dan berserbuk.
  7. Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos dan mayonis....
Enjoy!

8 comments:

Mas said...

wahh..han, cantik isi ketam lepas goreng, cicah ngan sos sedapp ni...he..he..

me said...

haii...sedapnya...blh try ni...

Lady of Leisure said...

sedapnya lelebih lagi ada rasa kari2 tu kan.. :)

Hann said...

Mas.

Setuju.. hehhe.. laju je kalau makan dengan sos. Makan gitu pon sedap gak.

Hann said...

Me.

Terima kasih sudi singgah dan meninggalkan jejak..

Hann said...

Lady.

Yup. Bila ada rasa kari tu yang buat "ghalit" je bila makan

Yanti Othman said...

hann.. nampak mknan kat sini sedap2 belaka.. nak try tak sempat lg.. ni yg buat lapo tgh2 mlm nih...

Nuridah said...

Salam Hann,

crab stick ni buat ratah sedap cicah ngan cili sos lagi power...kalau knur 1 pinggan boleh habis sorang2...heheh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails