Thursday, December 9, 2010

Chocolate Vanilla Flavour







Lama saya menyepi dari blog nih. Sekali dapat tengok pun, sipi-sipi je.. Apatah lagi nak menziarah sahabat rakan blog yang saya rasa sangat lah rindu.. Bizi semedang (dalam loghat Kedah pekat adalah selalu, atau seluloi, dan dalam ertikata lain adalah sangat yang teramat – Lady of Leisure..sila betulkan andai salah.. Smile) siang dan malam.Tajuk atas tu.. bukan spesis makanan tau.. Tapi ni haa..

Ubat batuk.. Hari tu, dalam minggu cik Baba berada di MAHA, saya dilanda virus batuk yang MAHA zalim. Tapi memandangkan hanya saya dan anak-anak di rumah, nak makan ubat batuk yang mengantuk ni juga adalah sangat bahaya.. takut tidur tak sedaq diri. Kawasan rumah saya dan jiran tetangga taman yang berhampiran ada yang telah dimasuki orang yang tak diundang. Gayat juga.

Akhirnya saya mengalah dengan situasi. Saya singgah di farmasi, cari ubat dan dibaginya saya ubat tu. Ingatkan macam ubat biasa lain je. Rupanya serius best! Haha.. tah hapa kan.. makan ubat yang macam ni pun macam “peghak buih”… Tak tau peghak buih tu apa? hehehhe.. cuba agak tengok.
Memandangkan kat tempat saya ni ramai yang batuk dan demam, saya cuba sajes ubat ni. Kebetulan ada yang usik, farmasi tu salah bagi kot.. untuk kanak-kanak.. Midon lah tu.. dia perli saya. Tetiba rasa macam ye lah kot.. salah.. tapi takkan lah kot.. takkan rupa saya teruk sangat macam kanak-kanak sampai depa salah bagi. Ishhhh..!

Balik belek.. oh.. semua size dan umur boleh telan ubat ni. Adik kat farmasi tu tempek menda alah tu kat situ la pulak. Tak dapat nak tolong bagi clear,
Best beb! macam kek coklat pon ada, kek pisang vanilla ice cream pon ada, harum wangi.. Bagusnya ubat ni adalah dua kali makan je dah nampak kesan, dan batuk pun terus hilang. Bagus untuk kanak-kanak dan mak serta bapak kanak-kanak yang tak suka dengan rasa ubat batuk yang biasa.

Cubalah!



5 comments:

Lady of Leisure said...

haha lama tak dengaq perkataan seluloi dengan peghak boih.. :D *lol*
sekarang ni selalu hujan, do take care and hopefully batuk getting better. :)

Lady of Leisure said...

minat pegaga ye? hehe.. pegaga tu i bought dari nursery. senang jaga dia nak air yang banyak and tempat yang teduh.. cepat dia membiak.. :)

kasihredha said...

Patut le lama tak bersiaran(macam dj pulak..hihi) batuk ghupenya adik akak sorang ni.
Ingatkan buat kek coklat..ghupe2nya ubat batuk..hihi

Unknown said...

Lady..

Thanks for the du'a..
Pandai u ekk.. bahasa pekat2 ni.

err.. minat makan tu kalau ada. kalau tak ada, tak cari. Kadang, kalau ada pun, tak makan. But suka tengok pokok pegaga u tanam.. bukan pokok tu je.. tapi casing pokok tu yang belumut2 macam tu.. macam kat kampung2 lah..

rasa macam bessttt sangat! sejuk mata tengok..

Unknown said...

Kak kasih..

ha ah.. lama.. tak dan ka.. bizi macam apa je. musim student exam, saya pun jalan ke sana sini macam tak cukup tanah (dengan harapan nak slim down.. hahhah)

eerr.. macam good idea je kan.. boleh tambah perasa dalam kek coklat kalau perisa vanilla habis.. hahhahhahah...

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails