Tuesday, November 30, 2010

Sotong Oriental






Dah lama saya tak bersiaran secara santai macam ni. banyak sebab sebenarnya, selain dari tak berapa rajin. sebab yang tu last sekali, tapi paling kuat mempengaruhi.

Memandangkan ada sotong dalam peti kebal kat rumah, makanya saya mencari sesuatu untuk dicuba selain dari masak-masak biasa nih. Dan akhirnya telah ketemu dengan sotong oriental ni untuk dijamu kepada kanak-kanak di rumah. Terima kasih kepada semua yang telah mencubanya. Saya pon tak pasti kat dapur siapa yang saya bertenggek untuk dapatkan resipi ni. Untuk rekod peribadi, saya catatkan di sini. Er.. demi menjimatkan masa saya yang agak tak cukup ni, saya cilok tulisan kat dapur antik tuan Mat Gebu, edit according to my format. TQ Mat!



BAHAN-BAHAN :

• 500 gram sotong
• 1 tangkai daun kari
• 5 biji bawang merah, hiris halus
• 3 ulas bawang putih, hiris halus
• 1/2 biji green capsicum, dipotong
• 1/2 biji red capsicum, dipotong
• 5-6 biji cili padi, diketuk (optional)
• Gula dan garam secukup rasa

BAHAN SOS

• 2 camca besar pes tomyam
• 2 camca teh serbuk kari ikan
• 1 1/2 camca besar sos tiram
• 2 camca teh sos ikan (nampla)
• Sedikit air




CARA MEMBUATNYA :-)
1. Sotong dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.
2. Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.
3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...


Enjoy!


4 comments:

kasihredha said...

sedapnya...adoiii lapaq lah pulak

Hann said...

kak kasih.. kalau dekat, sure saya ajak akak dating lunch hari ni dan hari berikutnya..

zarin said...

ramai dah cuba resepi ni...terliur plak tengok gambar sutun tuh

Hann said...

zarin,

Kalau tak mo try, meh le rumah, saya masakkan.. heheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails