Monday, November 22, 2010

Lemon Cinnamon Bread Pudding aka Jamie O’s Bread Pudding






Hari tu, pagi bila tah, saya and kanda melayan Channel TLC kejap. Sempat menengok si Jamie O tu masak.. Bread Pudding katanya. Nampak dia dok kerat/potong sebuku roti dia yang ala-ala kek yang raisin penuh di dalamnya. Lepas menengok hasilnya yang sangat menggodam jiwa tu, dan lebih dasat lagi adalah setiap bahan yang dia sebut adalah dalam radius capaian, maka saya dengan penuh kegigihan yang jitu telah mencuba akan resipi beliau. Sedikit saja yang di divert.. hehe.. hasil dia.. dasat weyh.. Makan panas pon sedap, makan sejuk adalah seumpama aiskrim..

Hasil dari pemandangan udara.

Saya ada tambah sikit lemon dalam bancuhan dan sprinkle serbuk cinnamon, makanya saya namakan Lemon Cinnamon Bread Pudding.. hikss.. Kalau Jamie O baca blog nih.. agak-agak dia nangis tak saya buat macam tu?


 Pandangan udara untuk melihat ke dalam loyang setelah keluaq dari oven. 
Berayaq sikit, lembut dan lembik.


To be true, bancuhan ni serius banyak.. boleh kenduri satu kampung. hehe.

Bahan-bahan :
  • Roti putih secukupnya
  • 1 liter heavy cream
  • 1 liter susu segar
  • 150 gm gula (saya guna 100 gm je)
  • Sebiji oren – parut kulitnya (saya guna lemon)
  • Vanilla
  • 4 biji telur
  • Sedikit gula ising untuk taburan
  • Kismis, currant dan kurma yang dipotong saya tambah.
Ni versi dari hot oven. bila bawak keluaq dari loyang, selambak je, tak berdiri tegap.. well.. sama macam Jamie O buat.. Dia serve geng dia dalam keadaan suam-suam hot gamaknya.. hehe

Penyediaan :
  • Panaskan oven pada suhu 180 degree. Sediakan loyang yang menjadi pilihan dengan sapuan butter memenuhi loyang.
  • Pukul gula dan telur sehingga kembang.
  • Masukkan heavy cream dan susu, pukul lagi sikit.
  • Masukkan parutan kulit oren dan vanilla, Pukul sikit lagi.
  • Step ni Jamie tak buat. Saya perahkan sikit lemon ke dalam bancuhan.
  • Celupkan roti dalam adunan yang dibuat tu, dan susun dalam loyang pilihan. Boleh juga kalau nak susun roti, selang selikan dengan raisins/currant/kurma dan kemudian tuangkan bancuhan ke dalam loyang. Biarkan seketika agar semua bancuhan meresap ke dalam roti
  • Taburkan gula ising, bagi merapuhkan bahagian atas. Masukkan dalam oven dan bakar hingga keperangan bahagian atas.. dalam 40 ke 50 minit, mengikut oven setting masing-masing.
  • Selain gula ising, saya juga telah menyeprinkle serbuk cinnamon bagi memberikan haruman yang lebih menawan dan memeriahkan suasana.

Ni spesis yang keluaq dari peti sejuk, makanya dia boleh berdiri tegak macam nyanyi national anthem

Ni last piece. Menjilat pinggan sudu weyh!

Akhirnya setelah mood agak meleper, dapat jugak mengepos entry nih.. haih!


Enjoy!


3 comments:

Suzi said...

hann, memang nampak sedap.
anak2 kat rumah ni cukup suka brad puding!

kasihredha said...

bestnya...dapat bayangkan kesedapannya

Lady of Leisure said...

wow ada cinnamon tu mesti tambah sedap n wangi bread pudding ni kan.. ni my fav pudding ni tapi belum pernah try versi ni lagi, one fine day nak cuba.. tq for sharing.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails