Thursday, November 11, 2010

Jambu







Dulu, kalau orang cakap awak ni jambu lah!, maknanya awak tu cantik lah kan. Tak pasti pulak sekarang ni orang muda-muda nih pakai lagi tak istilah ni. tapi kenapa jambu itu, disamakan dengan cantik? ada sapa buleh habaq?

Well, yang jambu di entry ni adalah jambu air ye.. yang tengah membiak dan menerbitkan buah-buah dengan galaknya.. Saya tak pastilah pulak khasiatnya selain mengenyangkan, dan merupakan serat yang baik untuk tubuh. Yang saya tau, dalam masyarakat Melayu, jambu air dan kawan jambu ni yang senama dengannya adalah pantang dimakan, sebab sejuk, terutamanya bagi ibu-ibu yang lepas bersalin, atau dah lama bersalin (sebab nak bersalin pulak). tak tau sejauh mana kebenaran.

Ni belum jadi jambu lagi.. Kadang, bila banyak sangat agen pendebungaan ni geli jugak. Masa nak shoot ni ada jugak sempat hinggap du kulit gebu makcik nih. tanpa berlengah, telah kubunuh.. haha.. sakit weyh.. dia gigit.

Kalau dah kena cucuk dengan serangga macam kat bawah ni, tak berapa indah la bila menjadi esok. Sellaunya kena balut buah, baru lah indah nanti.



 Asal usul pokok ni di laman saya adalah sebab baba. Beliau beli pokok ni di pasar tani disebabkan teruja tengok orang beli pokok yang besar, dan tak perlu tunggu lama untuk berbuah. jadi, setelah membela, maka ni lah hasilnya. Ni bukan buah sulung. Dah banyak kali berbuah, tapi ni baru macam nak layan letak kat sini.


So, yang atas ni macam mana? ni buah lain tau. Bukan hak yang kena gigit serangga tadi. masa saya shoot ni, hujan tengah turun. Alah.. hujan yang tak berenti 3 hari tu lah, sampai banjir kat Kedah tu. Buah ni tak tinggi sangat, yang shoot tu pulak comel, so, dapat dari bawah je.. heheh. Boleh?


Ni bukan dari perkebunan saya.. curik dari google. By the time buah di pokok tu masak, sepatutnya jadik macam ni lah.. adik beradik yang dijual di hentian buah di Lebuhraya Utara Selatan.

Soalannya : Di manakah persamaan jambu yang dimaksudkan cantik di introduction/para 1 di atas dengan jambu yang dinyatakan sebentar tadi?


psstt : ada macam soklan exam? UPSR ka? PMR? SPM? STAM?

4 comments:

kasihredha said...

suka sgt2 tengok gambar2 ...ada klass gitu :)

Hann said...

Kak kasih..

ni boleh gagah je.. tak cantik sangat pun. saya pakai digital kamera biasa je. Gambar kak kasih pun apa kurangnya. :)

hana said...

aduhaiii geramnyer nengok jambu nih! gambo pong lawooo...ai loikee

Hann said...

Datin Hana..

Gambar di hana's family tu lagi cantik.. tak mampu di tandingi.. sapalah macik nih.. hehehheheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails