Tuesday, November 9, 2010

Ada udang di sebalik mee


Saya agak tidak keruan sekarang ni seperti mana musim banjir, hujan, panas yang tiba-tiba dan renyai yang tiba-tiba juga. Batuk yang melanda diri juga antara sebab saya menjadi sedikit jauh dari blog.

This is mee goreng, yang ada udang di sebaliknya. Saya sedang cuba untuk tidak merepek banyak. Hehe. Saya pinjam resipi Mat yang ni, ketika mencari apa nak dihidangkan untuk penduduk rumah, sedang hujan di luar masih membasah bumi. Sure lah kan, sejuk dan makan adalah sentiasa bersama. Agenda makan adalah sesuatu yang wajib kalau tak berpuasa. Saya ingkar perintah resipi Cik Mat ni sikit.. adjust kepada situasi dalaman peti sejuk.. hahha. Originally mat pakai mee hoon. Saya pakai mee. Sila rujuk link yang saya bagi untuk Mat's and mine is as below :

Bahan-bahan :
  • Sebungkus mee
  • Sawi – dipotong
  • 1 mangkuk taugeh, buang ekor
  • 1 cawan hirisan daging ayam
  • 1 cawan isi udang
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar sos cili
  • 1 camca besar kicap pekat
  • Kicap cair secukupnya
  • 6 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
  • Kiub ikan bilis
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit perahan lemon
  • Sedikit air
  • Penyediaan :
    • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan kicap pekat dan minyak bijan. Tumis hingga sedikit garing. Masukkan ayam dan air, biar hingga daging empuk. Masukkan minyak bijan.
    • Tambah udang kacau rata dan masukkan mee tadi, gaul rata2, gunakan api sederhana. Masukkan sawi dan gaul lagi. Rasa dan jika perlu renjiskan dengan kicap cair sehingga mendapat rasa yang sesuai.
    • Akhir sekalu masukkan taugeh, gaul pantas dan matikan api. Hidangkan mee bersama hirisan timun, taburan bawang goreng dan daun sup. Juga sos cili kegemaran....
  • Enjoy!
  •  

4 comments:

Suzi said...

dtg nak tengok udang di sebalik mee...hehehe...

yumm sedapnya....

zarin said...

betul tu, kalau hujan je mesti mulut nk mengunyah je kan..ish banyak betul udang dlm mee tu :)
sedap nampak

Hann said...

Suzi..

selalunya hak yang disebalik, atau nampak sikit-sikit tu yang lebih menggoda.. hahahha

Hann said...

Zarin..

jemput makan.. kalau gali mee tu lagi ramai udang boleh jumpa.. hikss

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails