Sambung part III terus.. nanti lupa..
Jom kita tengok apa ada dalam sebiji pisang.
KHASIAT | SUKATAN |
Kalori | 99 kcal kalori |
Protein | 1.2 gm |
Lemak | 0.2 gm |
Karbohidrat | 25.8 gm |
Serat | 0.7 gm |
Kalsium | 8 gm |
Fosforus | 28 mg |
Zat besi | 0.5 gm |
Vitamin A | 4.4 mg |
Vitamin B | 0.08 mg |
Vitamin C | 3 mg |
Air | 72 mg |
Nanti dulu! Banyak lagi khasiat pisang!
- Bagi yang mengalami pendarahan usus, pisang kepuk adalah jawapannya. (pisang kepuk.. pisang apa? Ada yang boleh tolong?)
- Jika rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur, amalkan pisang kepuk. (artikel ni tak cakap camana nak amalkan, tapi saya rasa.. sama macam jerawat, sapukan kulit pisang ke seluruh kulit kepala..)
- Pisang juga amat baik untuk menyembuhkan anemia, menurunkan paras tekanan rendah, perangsang daya fikir, melancarkan diet, dan mencegah angin ahmar.
- Para isteri yang meluat dengan suami yang merokok, paksa mereka makan pisang! Lama-lama nanti mereka tidak akan ketagih nikotin lagi.
- Jika anda sedang mengandung pisang amat baik kerana ia bertindak mengawal suhu badan. Selain itu, ia kaya dengan asid folik, sejenis khasiat yang penting untuk pertumbuhan janin. Walau bagaimanapun, ibu mengandung masih kena berhati-hati makan pisang ni, sebab kandungan kalori yang tinggi, iaitu sebanyak 85 – 100 kcal kalori.
- Jantung pisang juga baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi 1.2 peratus protein, 0.3 peratus lemak, 7.1 peratus karbohidrat, fosforus dan zat besi.
- Jangan tak tau, pisang baik untuk kesihatan organ dalaman, misalnya jantung, hati, limpa dan paru-paru.
Apa yang kita perlu tau pasal pisang ni, adalah ia mudah hadam, sebab teksturnya yang halus dan lembut membuatkan pisang mudah dimakan dan dicernakan. Kandungan gula asli yang tinggi dalam pisang merupakan sumber tenaga untuk kadar masa segera. Tapi, kena berhati-hati juga, kalau diambil secara berlebihan, akan memberikan mudarat pada diri. Ketika anda berniat untuk memanaskan otot-otot anda, makanlah pisang. Kunyah pisang sekiranya anda dalam keadaan keletihan atau tertekan.
Pengalaman saya masa membesarkan anak-anak, terutama mereka semua pasa usia yang baru nak belajar makan, atau makan makanan lembut. Awal pagi saya akan sediakan bubur nasi yang saya akui.. lazat.. heheh.. dan di sebelah petangnya, akan gantikan dengan pisang. Kadang-kadang pisang goring.. yang digentel, dan dipicit agar lembut dan licin.. atau pisang emas yang agak ranum, di lenyek.. senang je bebudak telan.. licin.. J Paling utama, kenyang, dan perut tak kembung.
No comments:
Post a Comment