Thursday, April 15, 2010

Nak kurangkan berat badan?


Jom mula dengan makan sup. Sup adalah pilihan yang paling senang, santai dan sungguh menyihatkan badan, selain menahan dari makan berlebihan. Bukan setakat bagi berat badan tu kurang, tapi sup adalah pilihan yang paling tepat untuk penyesuaian suhu tubuh yang tidak seimbang. Sup yang baik adalah sup yang dimasak tanpa minyak (tak sedap.. hihihihi), tambahkan sikit sayuran dan hirisan ayam untuk lebih khasiat.

Kalau kat kantin kat pejabat ni ada soto..sup yang di plus dengan nasik impit.. nak kurus kalu, tinggalkan nasik tu atau reduce jumlah pengambilan. Tetiba teringat sup kat kantin jauh.. yang kena pi dengan unta.. yang style siam punya.. ayyyaakk.. aziahhh..tetiba macam sedap. Minggu depan dating na! 




Dalam satu tajuk artikel lain, dinyatakan bahawa untuk mengurangkan berat badab, pengurangan 500 kalori (250 kalori daripada pengurangan pengambilan makanan dan 250 kalori dari peningkatan aktiviti fizikal harian) boleh mengurangkan berat badan sehingga ½ ke 1 kilogram seminggu. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak, seperti makanan bergoreng, bersantan dan yang mengandungi lemakhaiwan.

Lebihkan pengimbilan sayur, ulam-ulaman dan buah-buahan. Ianya berkalori rendah dan member rasa kenyang yang lebih lama. Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika menggoreng gunakan sedikit minyak sahaja. 



Kurangkan minuman manis, gantikan air kosong dan minum secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. 


Memandangkan berat makcik ni hampir kritikal, maka janganlah buat tak tau kat apa yang dah ditulis nih. Makan jangan sampai tak ingat dunia.. Pesanan untuk diri sendiri.. hehheheh





No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails