Saturday, October 16, 2010

Singgang Ikan, Sambal Belacan dan 5 pinggan nasi






Demi terpandang akan Cik Mat Gebu's entry yang menayangkan singgang ni, terasa seperti makanan topmost berkhasiat, tak guna minyak, main rebus je.. baguss.. sesuai nak makan sambil menurunkan berat badan. Kalau kat belah utara ni, tak panggil singgang, tapi pindang.


Bahan-bahan :

  • Ikan (ikut suka nak guna ikan apa), siang, cuci bersih dan toskan
  • 1/2 biji bawang besar, dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih, diketuk/dicincang
  • 1 biji cili hijau (saya guna cili padi)
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • Air
Penyediaan :
  • Masukkan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Jerang hingga mendidih.
  • Masukkan asam gelugur, garam dan gula/serbuk perasa.
  • Perlahankan api dan masak seketika.

Dan dengan singgang ni, kalau ada ulam dan kena pulak sambal belacan yang macam ni..


    owh.. lima pinggan nasik buleh pi tau! So, camana nak slim? Tell me. Please help.

    Enjoy!

    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails