Tuesday, August 17, 2010

Cuma Potret








Hari ni tadak mood nak update masak, nak update info. Hanya nak mengepost gambar ni ke entry di laman ini untuk saya mengingati momen di mana saya enjoy amat pada hari di mana tempat saya keja ni mengadakan aktiviti.. gaya-gaya hari penubuhan jabatan ni lah. Ni adalah kejadian sebelum posa hari tu.

Banyak aktiviti yang dibuat. Secara kebetulan, saya terjebak, bukan.. saya telah memaksa seorang staf kat situ yang sepatutnya keja dia mengambik gambaq, tetapi dia telah berdiri tegak kat tiang tu dan melangut-langut. Gambaq saya dia tak hambik pon. Dan saya memang dah lama target ngan Nikon DSLR opis nih.Makanya.. setelah menjeling kea rah dia dan dia masih lagi ala-ala macam tak nampak. Dia ingat aku ni halimunan ka apa.. Makanya saya telah mengorat DSLR itu dari dia. Dia tak kenai saya lah kot. Opis saya besaq dan ramai. Mungkin dia ingat saya tergolong dalam participant majlis yang kebanyakkannya adalah muda belia ja. Mujoq dia bagi. Tapi, agaknya dia lama sangat tengok saya shoot, selamba je dia cakap , kalau jadi apa-apa dia tak nak tanggung. Haha. Dia marah lah tu. Dah pinjam, tak gheti nak bagi balik.

Aktiviti awal pagi tu dimulai dengan perarakan masuk depa-depa tu, lepas tu diikuti pulak dengan senamrobik. Owh. Makcik agak macam nak join. Tapi macam semacam. Macam tak mau. Dan kamera nan sebijik itu telah menyelamatkan saya dan saya telah mengambil gambaq sepanjang aktiviti dijalankan. Enjoy tengok depa-depa yang ber erobik  erobig, seperti mana saya enjoy capture momen depa. Here are some gambaq. Saya bukan pro, saya cuma menghargai hasil jari jemari saya yang kecik mone ini. Kalau kamitaken tengok ni, sure dia gelak terkekek-kekek.. Tak pa.. dia memang tak tengok.

Instructor erobig yang sungguh dinamik.


suka gambar ni, and her facial expression

Dia dan penirunya..


mereka yang sungguh enjoy dan sangat sporting


saya cari dia ni.. dia ambik gambaq saya..


ni lah Aziah.. sahabat yang bagi labu kat saya.. dah join geng erobig.. patut la selim melim.. jeles nih!

berjujuk-jujuk baju untuk raya.. di car boot sale
geng yang menang di upacara menarik bas. Kuat depa nih. Sporting gillla

Dah dulu. sehingga di lain kali. Babai

No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails