Tujuh hari saya berkampung di tempat interview orang.. ada part yang seronok, tambah yang sungguh2 menunjukkan kekredibilitian mereka.. leadership.. terutamanya soft skill part. Kagum! Ye lah the precious 10 minutes yang dibagi. Maka, gunakan habis-habisan. Seronok! Pengalaman yang sungguh seronok untuk saya nilai sendiri keupayaan diri, apatah lagi kalau diasak oleh panel penemuduga.. Penting sekali.. teammate saya yang sungguh menghiburkan, i.e Dr. Halim and Dr Yahaya, Dr. Sukor and En. Hasnan. Tu lah sebabnya saya tak sempat nak letak entry baru di blog nih.. sementelah dilanda demam dalam tempoh dua hari berakhir proses temuduga.
Well, agak panjang intro.. untuk entry kali ni, saya jumpa info pasal pisang. Elok juga kalau kongsi ramai-ramai. Selalunya kita tau ada khasiat, tapi in deep detail, lost kan? Saya, and semua anak2 suka sangat dengan pisang nih. Kalau perut lapar, paling suka, pisang ni lah, dapat mengenyangkan dan melawaskan. Yang second part tu penting, sebab tak payah susah-susah nak cari ubat pelangsing nak melawas.. heheh.. Bercakap pasal ni, ingat sahabat karib saya zaman pengajian dulu.. Kay Bee.. sensitive teruk dengan pisang nih.. dia kata belum pun sebijik pisang dia setel, dah kena ke tandas..
Ok. Info yang saya jumpa ni.. katanya penyakit boleh baik dengan pisang..
- Pesakit anemia dinasihatkan untuk mengambil dua biji pisang sehari. Kandungan zat besi dalam pisang akan mengurangkan gejala penyakit ini.
- Susu kocak pisang? Penah dengar? Saya rasa banana shake lah kot kan? Yeah! Amat sesuai untuk yang menderita sakit usus. Dan kalau kembung perut pun elok makan nih.. Sedap kalau dibuat, plus ais sikit..
- Cirit birit? Tak susah jugak nak repair penyakit ni rupanya. Kalau pi klinik sure doctor akan bagi garam tu.. tajuk apa tah.. lupa..So, instead of pi jumpa doctor, cuba makan krim pisang, dapat melancarkan perjalanan usus besar dan mempercepatkan proses pembuangan najis.
- Tak ada selera makan? Makan dua biji pisang bersama sesudu madu untuk meningkatkan selera makan anda.
- Masyarakat Sulawesi Utara di Indonesia mempercayai bahawa pisang geroho (sejenis pisang tempatan) dapat mengurangkan paras gula dalam darah pesakit kencing manis. Pisang geroho muda dikukus dan disampurkan dengan kelapa parut. Kalau rujuk masyarakatkita di sini, memang ada kes pisang yang dikukus and di makan dengan pisang.. tapi ditambah sikit dengan gula perang.. ada kalanya lah.. saya penah jumpa hidangan sarapan pagmacam ni kat Hotel Quality, Kuala Lumpur.. Agaknya apa yang orang lama kita amalkan makan macam nil ah yang membuatkan mereka tak de mengidap penyakit diabetis.. dan yang seangkatan dengannya. Makan simple macam tu ja, tapi menyihatkan!
Selamat beramal!
No comments:
Post a Comment