Thursday, February 25, 2010

Jejemput Saku-Saku Fuwa-Fuwa


Jumpa ni kat rumah Hana.
Sangat sedap.. anak-anak suka.. termasuk anak jiran.
Tiga hari berturut2 anak2 request nak makan ni.
Sangat simple, cepat siap, dan best.

Bahan-bahan : 
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 biji bawang besar
1/4 biji kobis (saiz kecil) - saya tambah daun bawang dan carrot
Segenggam ikan bilis
garam
1/2 cawan air suam

Penyediaan :
  1. Potong halus bawang dan kobis. Di dalam bowl, masukkan tepung gandum, telur, ikan bilis, garam dan bahan yang dipotong tadi.
  2. Kacau rata dan masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu cair bagi mengelakkan jejemput meresap minyak bila menggoreng nanti.
  3. Jemput kecil-kecil dan goreng di dalam minyak dan api sederhana besar.
  4. Hidang dengan sos cili.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails