Thursday, September 23, 2010

Death by Chocolate Cake







Menengok kat tajuk je, ramai dah tau, ni Mat Gebu penah buat. Kite pun teruja gak nak buat. Cuma tak berapa nak rajin. So, nak raya ni macam tetiba kena rajin sebab mak kite suka dengan kek yang ada tajuk coklat nih. Dengan gigihnya, kite dah buat. Lambat nak publish kat sini sebab teruk kena audit dengan SIRI* kemarin.. Tobat best kek nih.. cayaq kat dalam mulut.. nyaman-nyaman je makan., macam tak ingat dunia. Rupa paras kek nih tak le secantik Mat punye. Tapi rasa sama macam Mat punya kek, sebab kite ikut resipi dia.. heheh.. dengan ini juga kite rakamkan tengkiu kepada kengkawan Mat yang telah mendahului Mat membuat kek ini, sehingga sampai ke tangan kite. Tengkiuss. Ampun ye kengkawan.. tetiba kata ganti diri tertukaq ke "kite" pulak. Acilah eek? hehe.. Layan resipi..



BAHAN-BAHAN:
  • 1 cawan mentega, dicairkan
  • 3 biji telur, grea A
  • 1 3/4 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 cawan susu cair (mat guna jenama "Ideal")
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Secubit garam
BAHAN GANACHE :
  • 300 g coklat masakan*
  • 1 camca teh mentega*
  • 3 - 4 camca besar susu cair*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)
BAHAN HIASAN :
  • Strawberry secukupnya
  • Chocolate curls secukupnya


PENYEDIAAN :
  • Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
  • Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam "bundt pan" berukuran 10 inci yang telah dilenser..boleh lihat contoh di sini....
  • Bakar pada suhu 160C selama 50 - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry. Boleh dihidangkan.
  • Nak pesan, jika bakar guna tin aluminiun biasa, alas dasar tin dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega dan bakar suhu pada 175C. Kalau guna tin yang warna hitam, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resipi, 160C... Selamat mencuba!.
Enjoy!
p.s : Tribute to Mat sebab saya kopipes and edit mengikut format saya.. hiks..


Sunday, September 19, 2010

Sup Wantan





Sahabat saya yang kerja kat Lantai 35, Bangunan Tabung Haji sana telah mengusulkan saya buat sup wantan ni. (Lepas ni, kalau ada sesapa nak pi aji, bleh habaq kat cek untuk tolong sampaikan.. hahah) Mudah, tambah yang ada ramai anak macam saya nih.Kebetulan hari tu soping kat TeSc0, sempat capai wantan pastry nih. Jadinya, dapatlah buat. kalau tak dak camana nak buat ye dak? Haha. (toloongg.. ngantuk nih..di tengahari nih)



Jom tengok apa yang diperlukan untuk mewantankan sup ini.

Bahan-bahan :
  • Kulit wantan/wonton pastry
  • isi ayam - dipotong kecil-kecil
  • isi udang - dipotong kecil-kecil
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • kiub ayam
  • gula dan garam secukup rasa
  • Sayuran lain kalau nak pelbagaikan
  • Cili padi, kalau suka
  • Air

Penyediaan :
  • Bunjutkan isi ayam dan udang. Pelekt bujut dengan sikit air.
  • Tumis bawang putih, merah, hali dan cili padi.
  • Masukkan air sikit.
  • Masukkan kiub ayam, sayur mayur yang sesuai.
  • Bila mendidih, masukkan bunjut-bunjut tadi.
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Siap untuk dihidang
Enjoy!

Salam Aidilfitri,

Friday, September 17, 2010

Biskut Makmur







Ni adalah sesuatu yang dibuat sebelum raya hari tu, sambil mengusahakan Death by Chocolate Cake dan Kek Buah Kukus yang Mat punya resipi. Untuk biskut makmur ni, saya gunakan resipi Kak Liza. Cuma, untuk inti kacangnya, saya gunakan cara kak Rosni, rakan sekerja saya. Dalam konteks ni, inti kacang adalah menjadi rich di situ. Dalam erti kata lain, saya menjadikan banyak dan supaya bila makan rasa kacang dan kulit luar adalah balance. Ni cara saya lah. Sebab kadang-kadang kalau inti sangat sikit, hanya nak bagi merasai tepung saja, then apakah matlamat utama mengintikan biskut tu dengan kacang? Maka, bila namanya makmur, maka hendaklah dimakmurkan dengan kekacang itu. Jauh melalut nih. Layan resipi, jom!





Bahan-bahan :

  • 500 gm tepung gandum
  • 80 gm gula halus
  • Minyak sapi – letak sehingga adunan boleh dibentuk
  • Gula ising untuk hiasan
Bahan inti :

  • 300 gm kacang tanah
  • 70 gm gula halus – saya gantikan dengan susu pekat

Penyediaan :

  • Gaulkan semua bahan-bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentuk.
  • Bakar kacang tanah di dalam oven selama 20 minit
  • Mesinkan kacang dan gaul dengan gula. (Saya gaulkan dengan susu pekat manis sehingga semuanya sebati)
  • Ambil doh dan leperkan.
  • Letakkan inti kacang, dan dibentuk bujur (saya bentuk bulat) sebesar buah kurma
  • Letakkan di dalam loyang yang dilenser dengan mentega.
  • Bakar pada suhu 180°Cselama 20 hingga 20 minit
  • Sejukkan dan golekkan di atas gula ising sehingga keseluruhannya menyaluti biskut berkenaan.
Enjoy!




Salam Aidil Fitri,

Enhanced by Zemanta

Thursday, September 16, 2010

Series of Ketupat





Hari ni Hari Malaysia. Jadi, saya ucapkan Selamat Menyambut Mari Malaysia untuk semua yang singgah di sini. Sesungguhnya kita amat bertuah menjadi rakyat Malaysia, Alhamdulillah. Semoga dengan cuti yang diberikan ni, kita akan merasai akan lebih keMalaysiaan, tambah lagi banyak yang buat rumah terbuka hari ni. Kami kat Kedah ni, cuti hari ni, esok dan lusa.. lagi la meriah.. hikss..

Mengambil kesempatan raya ni, nak le tayang jugak sajian utama di sebelah sini, di mana ketupat adalah ibu segala sajian bagi hari raya. Tadak ketupat ni, macam tak rayalah kiranya.. hiks. Kat sini juga, ketupat dihasilkan dengan daun palas. Sebelum mula buat ni, kenalah buat mock ketupat dulu, kalau tak, nanti susah nak balut. Lupa pulak nak capture daun pala. manalah tau, kot satu hari nanti berlaku kepupusan hutan ke, tak sempat anak cucu cicit nak tengok daun tu.


Seawal pagi, mak saya telepon, remind untuk tolong balut ketupat. Sesungguhnya saya tak terer balut. Setahun sekali je godek ketupat nih. Tu pun tertakluk kepada giliran raya jatuh di Alor Setar. Dan kali ni juga, kakak ipar saya yang terer balut ketupat tu beraya di kampungnya. Mak cakap, kalau kakak balut sensorang kejap je dia setel sebesen pulut. Makcik ni, kalau kena sebesen tu sensorang, tak makan ketupatlah agaknya. Hiks.


Mak bagitau, sekarang ni upah untuk membalut ni dah mahal. dua cupak pulut yang kita sediakan untuk mereka balut, di charge sebanyak RM 70. Wah! Lumayan tuh. Jadi, mak cakap, sila polish skill, supaya tahun depan buleh ambik upah balut ni je. Ok! saya akan bukak tempahan raya.. Aidil Adha nanti kepada semua penduduk Kedah dan Perlis, Insya Allah!

Jauh aku melilau. Now back to ketupat. Sebelum nak mula membalut, kenalah tanak pulut dulu, about half cook atau santan dah kering dan sesuai untuk balut, then boleh mulakan. Berikut adalah yang dah siap dibalut dan ditrim cantik..

Siap. tengah queue nak masuk periuk
Sesungguhnya nak balut ketupat ni memerlukan jemari yang terer untuk membalut, dan penting sekali adalah memastikan supaya air tak masuk di lubang-lubang yang terdapat pada ketupat itu. Kalau masuk tu, akan lembut lah sikit, lembut sebab kena ayaq.

Untuk menjadikan ketupat sedia untuk dimakan, boleh pilih metod kukus atau rebus. Dua-dua selamat dimakan. Since saya tak pro, saya ajak mak kukus, supaya air tak masuk lubang. Tapi makcik tu nak jugak rebus. Merujuk kepada gambar rajah di bawah, nampak tak serpihan pulut yang keluaq tu..? Ok lah overall. Makan serupa tu jugak kan?

Dah siap masak
Ada jugak cebisan pulut yang dok jengoi keluaq..
 

Ni dah siap potong untuk memudahkan proses masuk dalam mulut
Lazimnya, kalau giliran beraya adalah di Alor Setar, kami akan bertolak pulang ke kampung sebelah arjuna hati di Parit Buntar pada sebelah tengahari. Memandangkan raya kali niraya jatuh hari jumaat, jam 11 kami dah bertolak ke sana. perjalanan ambil masa dua jam dengan pemanduan berhemah.

Berikut adalah versi ketupat sebelah Perak Utara. Saya rasalah, sebab rata rumah yang kami beraya, macam ni lah ketupatnya. Kak Rosni, yang suaminya seParit Buntaq dengan baba pun cakap macam tu. Ketupat ni dibalut dengan daun pisang. Cara macam ni, confirm ayaq tak boleh nak masuk. Dan, personally, saya suka balut ketupat ni. Express weyh. Setalam sat ja boleh habis, tambah la kalau buat besaq-besaq. 

Dah siap masak.

Tunggu nak kena potong

 
Lemak, berkilat, sedap

Nasi impit pun ada disediakan, sebagai alternatif kepada yang tak makan pulut. Ye lah. kata orang, pulut ni buat mengantuk lah, angin lah, sakit urat lah. Jadi ada nasi impit ni, senang lah. tambah lagi yang dah siap dibungkus. Balik rumah, masuk periuk je.

Nasi yang dihimpit-himpit

Cicah dengan kuah kacang mak saya yang best!
Saya lupa kat rendang ibu mertua saya yang menjadi pujaan semua anak dan menantu serta cucu beliau. Harap, anaknya yang dok serumah dengan saya ni, tak sedih sebab saya lupa nak merekod hasil air tangan ibunya untuk dijadikan tatapan di kala dia teringin nak makan rendang.

Lemang tak dijumpai untuk raya kali ni. hanya nampak di tepi-tepi jalan tanpa membeli. makanya dalam entri ini, tiada lemang itu.

Amatlah terasa seperti masih di dalam hari raya sebab buat entri ketupat nih. Apatah lagi mengingatkan akan lembutnya, gebunya, lemaknya, kenyangnya dan lazatnya menikmati juadah itu, dan dicicah dengan rendang hasil buatan ibu-ibu tersayang. amatlah best sangat. tambah-tambah kalau takat balik, dan makan je.. hahah.. tak pe, nanti time giliran di parit Buntaq, kite tolong pulak ye!

Raya kan sebulan? Makanya untuk semua yang sudi membaca, Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Wednesday, September 15, 2010

Senja Akhir Ramadhan 1431H









Kebetulan dalam sibuk merebus ketupat hari Khamis 9 September/30 Ramadhan lepas, sempat menyaksikan betapa cantiknya senja yang menutupi tirai Ramadhan 1431H, disambut dengan takbir. Subhanallah.

Semoga kita semua akan dipanjangkan usia, diberikan rahmat serta dilimapahi rahimNya serta diberi kesihatan yang baik untuk sama-sama menikmati Ramadhan yang akan datang InsyaAllah.

Gambar diambil dibelakang rumah mak saya, di Alor Setar.


Tuesday, September 7, 2010

Monday, September 6, 2010

Biskut Dahlia







Sungguh! Saya terpesona dengan biskut dahlia yang Mat Gebu buat. Sungguh gebu.. dan menggoda. Saya buat jugak. Tapi tak cantik macam mat sangat. Boleh-boleh je lah rupa paras dia. Tang rasa, yang tu memang tak nafi, sedap sangat.


sebelum proses pembakaran.. cantik seyh..

Bahan-bahan :
  • 300 gm mentega
  • 160 gm gula aising (saya sama macam mat, guna 140 ja)
  • 2 kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla (sama macam mat, saya guna esen ros)
  • 240 gm tepung gandum*
  • 100 gm tepung jagung*
  • 160 gm tepung kastad* (*gaul rata dan ayak)
  • Ceri merah (saya ganti dengan manik hiasan)

bila terbakaq.. dia melenyek macam tu.. next time nak bagi segak sikit.. kenapa ye?

Penyediaan :
  • Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/ros dan putar hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh lembut dan mudah ditekan.
  • Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hiaskan dengan coklat/manic hiasan.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175°C selama 15 – 20 minit
  • Biarkan biskut sejuk sedikit di dalam dulang pembakar sebelum dialihkan atas jaringan. Biar betul-betul sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Enjoy!

Biskut Almond Cornflakes







Biskut yang kedua Berjaya dilaksanakan. Macam teruja pulak.. hehhe. Kali ni guna Kak Rinn punya resepi.

Bahan-bahan :
  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan cornflakes, dikisar halus
  • 1 ½ cawan serbuk badam
  • 150 gm mentega
  • 100 gm gula castor
  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • Coklat masak secukupnya – saya ganti dengan manic-manik manis yang comel dan warna warni


Penyediaan :
  • Ayak tepung. Gaul raya dengan cornflakes kisar dan badam halus.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang
  • Masukkan esen vanilla dan telur. Kacau sebati.
  • Kaup balikkan tepung tadi dan uli hingga menjadi doh lembut
  • Canai dan terap ikut acuan pilihan.
  • Sapukan kuning telur dan taburkan coklat hiasan.
  • Lengser dulang pembakar dengan mentega.
  • Susun biskut. Bakar pada suhu 170°C selama 12 minit.
  • Sejukkan sepenuhnya sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Enjoy!



Sunday, September 5, 2010

Biskut Sarang Semut







Saya mulakan projek biskut raya dengan sesuatu yang mudah dan cepat dan tak susah. Makanya yang ni lah jadi pilihan. Kebetulan juga, ada siapa entah yang lalu kat opis ni sibuk-sibuk tanya siapa yang buat biskut ni, dia nak oder, makanya rasa macam teruja lah juga nak buat. Bukan untuk orang yang tanya tu oder. Hikss. Waktu nak buat hanya ada pada hujung minggu, i.e Jumaat dan Sabtu. Bila buat time wiken ni, tau je lah, banyak tangan yang nak menolong. Dari seadunan yang dibuat, three quarter je yang tinggal. Yang menolong tu siap bentuk macam macam. Saya import resipi dari FP kak Liza. Jom tengok resipi dulu :



Bahan-bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum*
  • 100 gm tepung jagung*
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Paper cup secukupnya
  • Chocolate rice
Penyediaan :
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul rata.
  • Masukkan tepung, gaul rata.
  • Parutkan adunan dalam mangkuk besar.
  • Sudukan adunan yang diparut ke dalam paper cup.
  • Tabur dengan chocolate rice.
  • Bakar pada suhu 180°C hingga masak.

Ni yang tangan-tangan kecik buat


Irfan's hand made

Azim punya.. dia kata macam snake

yang ni, azim kata mercun bawang..

ni Ainina punya.. chocolate mau taruk banyak..

Enjoy!

Wednesday, September 1, 2010

Roti Jala







Demi menyambung gulai daging dengan sebenda yang lain, saya telah dengan sesungguh hati menjadikan menu roti jala pulak ke alam kenyataan. Hiks.. pinjam resepi Kak Rinn..



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 biji telur
1 camca teh garam
1/2 paket serbuk santan (Guna santan segar pun boleh)
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan kacau hingga
sebati dan rata. Tapis untuk mengelakkan tepung berketul dan bakal
tersumbat di lubang acuan roti jala.
2. Tebar roti jala di atas kuali leper atau non-stick frying pan. Terbalikkan
beberapa kali sehingga masak.
3. Hidang bersama kari ayam atau daging.


Enjoy!

Kari Daging








Menjenguk dapur mat Gebu.. pinjam resipi ni (copy paste sekali) untuk dijadikan juadah berbuka.. Layann



BAHAN-BAHANNYA :
  • 600 g daging batang pinang, dipotong kiub
  • 3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 liter santan cair
  • 250 ml pati santan
  • 1/2 camca besar gula Melaka
  • 3 camca besar rempah kari
  • 1 1/2 camca besar kerisek
  • Garam secukup rasa

    BAHAN TUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 tangaki daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

    BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 inci halia

    CARA MEMBUATNYA :-)
  • Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  • Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
  • Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..

Enjoy!
Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails